Friday, 9 December 2011

Fakta tentang lelaki.

Hanya beberapa yang pernah menjadi pengalaman aku je :)

  1. Seorang lelaki boleh suka anda untuk seminit, dan kemudian melupakan anda.
  2. "Awak buat apa tu? " atau " Awak dah makan? "adalah soalan biasa pertama seorang lelaki bertanya di telefon hanya untuk mengelakkan gagap.
  3. Ketika seorang lelaki benar-benar menyukai anda, dia akan mengabaikan semua perangai buruk anda.
  4. Lelaki akan melakukan apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis itu.
  5. Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah meninggalkan mereka, dan ini membuat lebih sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.
  6. Seorang lelaki mampu mengurat dengan beribu cara tetapi mereka biasanya gagap ketika mereka bercakap dengan seorang gadis mereka benar-benar cinta.
  7. Ketika suatu masalah mula timbul, seorang lelaki biasanya membuat dirinya nampak cool tapi masih memikirkan cara mengatasinya.
  8. Ketika seorang lelaki memandangmu, dalam kepala dia hanya ada 2 perkara. Mengutuk atau syokkan kamu.
  9. Jika seorang lelaki membenarkan anda memutuskan perhubungan, ini bermakna dia benar-benar mencintai anda.
  10. Jika anda mempunyai teman lelaki, dan kawan teman lelaki anda selalu menjeling anda, itu jelas menunjukkan bahawa dia cemburu setiap kali anda dengan kekasih anda, dan dia lebih cintakan anda lebih daripada teman lelaki anda.
  11. Anda benar-benar boleh mengatakan bahawa seorang lelaki memiliki niat yang baik jika anda melihat dia bersembahyang ketika keluar dating.
  12. Lelaki tidak akan mencari nasihat dari seorang lelaki melainkan dari seorang gadis.
Najwa,

From you.

Thank You

I really want to say
Thank You but words are not enough.
And its not for now or only once,
I've needed someone like you.
But for all the times and reasons that your kindness has shown through.
I hope this little gift of love will mean a lot to you,
Its a little thing to do,
but it's sentiments sincere,
I Thank you, and I am so glad that you were able to be here.

Thanks for that :)

Najwa,

Tuesday, 6 December 2011

Kenapa wanita sering menangis?

Ya Allah , mengapa wanita sering menangis?

Jawabnya:

Kerana wanita itu unik .
aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa ,
aku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya ,
aku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman ,
aku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia ,
aku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah ,
aku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
aku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman ,
walau disakiti oleh orang yang dia sayangi..
wanita makhluk kuat ,
tetapi jika satu saat dia menangis , aku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru .

WANITA ITU ISIMEWA :) ♥



Najwa,

Tuesday, 29 November 2011

Why ladies today are still single:

The nice men are ugly
The handsome men are not nice
The handsome and nice men are gay
The men who are not so handsome, but are nice men, have no money
The men who are not so handsome, but are nice men with money think we are only after their money
The handsome men without money are after our money
The handsome men, who are not so nice and somewhat heterosexual, don't think that we are beutiful enough
The men who think we are beutiful, that are herosexual, somewhat nice and have money and cowards
The men who are somewhat handsome, somewhat nice and have some money and heterosexual, are shy and NEVER MAKE THE FIRST MOVE
The men who never make the first move, automatically lose interest in us when we take the intiative

Najwa,

Thursday, 25 August 2011

Nasihatlah dengan kata-kata yang lembut.


Awak, dulu awak juga tidak bertudung,
Tidak menutup aurat,
Sama juga seperti saya,
Tapi awak, perlu ke awak nasihatkan saya dengan makian dan perlian?
Awak cakap, "Eh, nak pakai tudung pun susah ke?!"
"Nak bagi jantan mana tengok rambut kau ni?"
Awak, awak tahu tak apa respon saya pada "nasihat" awak yang begitu?
Langsung tak terkesan di hati saya, Malah..
Saya cakap " Whatever! Ala, kau dulu pun sama!"


Awak, dulu awak pegang tangan dengan boyfriend awak, siap belai-belai tangan lagi,
Sama juga seperti saya,
Tapi awak, saya nampak awak tulis di status FB awak,
"Hey, dah-dah la buat maksiat, Islam sangat la? Allah benci la dengan orang spesies kau!"
Sekali lagi saya cakap, "WHATEVER!"


Awak, dulu awak pun tak solat lima waktu penuh,
Sama juga seperti saya,
Haritu awak pergi surau, tapi saya tak ikut,
Sebab niat saya nak pergi ke surau lain,
Tapi awak, awak tegur saya mcm ni,
"Kau nak pergi mana? Dah tak dengar ke Azan? Agak-agak lama lagi ke kau hidup hah?!"
Awak tahu tak, haritu saya terus tak jadi nak solat,
Saya jadi makin "menyampah" dengan awak..


Awak-awak semua, saya tahu saya terlalu banyak berbuat khilaf,
Saya tak tutup aurat, saya tak sempurnakan solat, saya terlibat dengan maksiat,
Tapi awak, apa beza awak yang dulu dengan saya yang sekarang?
Puas saya memikirkan jawapan, tapi saya tak temui..

Saya bukan tak nak dengar nasihat awak.. malah,
Saya bangga ada kawan macam awak, yang sudah berubah ke arah kebaikan..
Saya pun teringin untuk berubah,
Tapi awak, nasihat awak, buat saya rasa TAKUT dan MENYAMPAH untuk berubah,
Saya takut bila saya sudah berubah, saya jadi riak dan menghina orang lain,
Saya takut bila saya riak, mereka pula rasa apa yang saya rasai sekarang,
Awak, saya nak hadiahkan awak sepotong ayat al-Quran yang saya jumpa tadi,
Bunyinya begini awak..
"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal- Surah al-Baqarah Ayat 44."


Awak, saya pun teringin untuk berubah,
Tapi boleh tak kalau awak nasihatkan saya secara berhikmah?
Saya nak hadiahkan lagi sepotong ayat al-Quran yang berbunyi begini,
"Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut." - Surah Thaha ayat 44."


Awak, saya pun teringin untuk berubah,
Tapi boleh tak kalau awak nasihatkan saya di tempat yang tertutup?
Awak, janganlah herdik saya depan orang ramai lagi,
Saya malu awak jerit-jerit pada saya,
Sebab dalam hadith ke-7 daripada kitab 40 susunan Imam Nawawi Rasulullah S.A.W bersadba,
"Barangsiapa yang menasihati seseorang dan hanya ada mereka berdua, maka itulah nasihat yang sebenarnya. Barangsiapa yang menasihati saudaranya di depan banyak orang, maka yang demikian itu mencela dan mencelakan orang yang dinasihati."


Awak, saya memang nak berubah,
Tapi masih banyak yang saya perlu pelajari daripada orang-orang seperti awak,
Cuma, saya mengharapkan nasihat yang penuh kasih sayang daripada awak kelak,
Saya tahu awak mungkin tidak akan peduli jika saya sekadar cakap dan pergi,
Alhamdulillah, sebab itu lah saya sertakan hadis, dalil dan sebagainya khas untuk awak..
Awak, janganlah pula awak terasa hati,
Kerana saya manusia, awak pun manusia juga bukan?

Menegur ke arah kebaikan itu memang wajib, cuma contohilah Rasulullah dalam berdakwah,
Sebab, kalau awak terus dengan cara begini,
Saya takut lagi ramai yang pandang serong terhadap ajaran Islam nanti..
Awak, sampai sini sahajalah luahan hati saya,
Saya sayang awak, harap awak jangan marah saya pula,
Kita sama-sama hamba Allah, banyak berbuat salah, dan..
Saya tahu saya bukan sesiapa,
Hanya insan lemah yang berharap untuk berubah..
Sekian, daripada saya kepada awak :)

P/S: Jangan jadi golongan yang hanya tahu menasihati sedangkan mereka tidak bersedia untuk dinasihati.

Sumber:http://www.iluvislam.com

Najwa,


Friday, 1 July 2011

Wempitz.

Acap kali kita lihat di dinding facebook tentang mereka-mereka yang mengeluarkan status tentang kebencian mereka akan golongan rempit yang terlalu kretif dalam penggubahan Bahasa Melayu. Sedar atau tidak golongan tersebut juga mempunyai hati dan 'perasaang' yang amat mendalam apabila terdapat ramai pihak yang mencaci mereka daripada belakang. Sesungguhnya aku amat kagum dengan gaya penulisan aku kali ini.

Dua hari lepas aku telah mengadakan sesi temubual dengan seorang lelaki yang gemar menggunakan bahasa rempit. Dan ini adalah respon 'beliau' tentang kes tersebut.

"Gua rase amat terkilan bile ade pihak yang mencaci konco-konco gua dari belakang. Sebak dade gua dibuatnye. Seingat gua kitorang tak penah buat salah dengan orang lain. Bahasa rempit tu pon hasil kekretifan kitorang yang mempunyai akal fikiran yang maju di zaman era globalisasi ni. Lagipun gua dengan konco-konco gua suka mengamalkan gaya 'SS' yakni syok sendiri. Huu~ Haru gua dibuatnye. Akhir kata, pesanan terakhir gua. Janganlah kite asyik mencari kesalahan orang lain jewpp."

Kata-kata yang aku teringinnnn sangat nak sampaikan dekat diorang ialah:

"Kpadew cumew awaks awaks yg bacew meset niew. Bwk2 larh bewubah yew? Bahasew mewlambangkan bangsew ye dak? Bahasew cengginiew tak dpt g manew pon derr. Negara pown tak membanguwn. Buwkan nak kutuwk awaks tp ini KENYATAAN larhh. Papew pown titew cayunk awaks. Hihik"

Najwa,