Monday 28 January 2013

Pendapat


Surat versi Melayu dari Muslimah risau... pendapat anda bagaimana?


Kehadapan HIjabista dan HIjabisters yang disayangi…



Saya menulis untuk melahirkan rasa risau sayan dengan cara majalah anda ‘mempamerkan’ wanita berhijab. Saya amat percaya bahawa konsep ‘kesederhanaan’ haruslah diseiringkan dengan pemakaian Muslimah (termasuklah hijab) dan kesederhanaaan ini merupakan perkara yang teramatlah penting sekali. Kesederhanaan oleh itu, perlulah diberi keutamaan dan penekanan oleh setiap wanita berhijab dan bertudung termasuklah majalah anda

Tudung ini bukan berfungsi sebagai ‘ganti’ rambut yang kami tutup. Ianya juga bukanlah hanya sekeping kain atau berkeping-keping kain di atas kepala. Hijab datang dengan pakej lengkap, ianya merangkumi akhlak, intelek dan adab. Hijab simbol wanita beriman, kesederhanaannya dalam setiap yang dilakukan, kelembutan, kesopanan. Maruah dirinya. Kebanggaan dirinya. Majalah anda tidak langsung menampilkan ‘kesederhanaan’ yang dituntut’ Islam ini dan biarlah saya berterus terang ini ternyata salah sama sekali.

Meletakkan wanita yang hanya berhijab tetapi disolek bak patung seolah model antarabangsa dalam majalah Vogue (beznya cuma tutup rambut) adalah satu bentuk penghinaan buat kami wanita Muslim. Juga menyedihkan apabila wanita berhijab tersebut sendiri rela diperlakukan sebegitu rupa, dieksploitasi dan cuma menipu diri bahawa mereka berada di jalan yang benar dan membuatkan Tuhan mereka gembira hanya dengan menutupi rambut mereka. Ya Allah, bagaimanalah anda boleh berfikir anda menggembirakan Allah dengan berhias dan bertabaruj sebegitu rupa sambil menayang kecantikan rupa paras dan tubuh badan anda?

Majalah anda seperti juga Vogue dan Cosmopolitan dan majalah-majalah seangkatan dengannya tiada LANGSUNG dimensi intelek mahupun spiritual didalamnya menjadikannya majalah ini kosong. Majalah anda secara tidak langsung berjaya ‘brainwash’ minda para hijabisters dengan menaikkan hawa’ nafsu mereka untuk berbelanja lebih banyak barang, lagi dan lagi. Hakikatnya wanita yang benar-benar beriman, seorang Muslimah sejati TIDAK perlu menayang segala aksesori kepada orang lain. Nilai wanita Islam BUKAN pada barangan tetapi keyakinan dirinya bahawa apa didalam hati mereka dan minda mereka lebih berharga dari segala gelang, kacamata hitam, kasut tinggi, tas tangan yang anda sogok di setiap muka majalah anda.

Majalah mempengaruhi pemikiran anak-anak muda yang masih mentah untuk menipu diri mereka dengan merasakan bahawa mereka akan lebih cantik dan dihormati dengan KASUT, AKSESORI dan style tudung yang merapu dan merepek.

Di dalam Quran Allah menegaskan bahawa Taqwa adalah pakaian yang terbaik. Tolonglah beritahu dan tunjukkan kepada saya dimana, di muka surat mana and tampilkan mesej ini? Malangnya tiada, tidak di satu muka pun. Ianya majalah yang menjual baragan semata, majlah berbentuk konsumer membuatkan para wanita jadi gila, menurut nafsu untuk membeli, untuk mahukan barangan material yang mungkin tidak langsung diperlukan atau mampu mereka miliki. Lifestyle yang anda tampilkan tidak berapa kena dengan syariat Islam. Masalahnya anda menggunakan Islam untuk menjual. Ini amat mengecewakan. Kemudian ramailah para gadis berangan untuk menjadi seperti covergirls yang telah pun anda tampilkan dengan badan yang ramping, barangan yang hebat dan muka yang gebu yang semestinya sudahpun anda photoshopkan wajahnya. Ianya palsu semata. 

Saya jujurnya risau anda merosakkan nilai hijab dan wanita Islam dengan majalah ini. Yang cuma diberikan penekanan adalah kecantikan yang palsu. Saya merayu, tolonglah dengan sepenuh hati nilailah dan muhasabah majalah anda dan isi kandungannya. Kami perlukan majalah yang menaikkan iman kami, yang menjadikan kami Muslimah yang lebih bertaqwa dan disayangi Allah. Majalah yang membantu kami mengubati penyakit-penyakit hati kami, bukan majalah yang membawa mesej apa yang penting adalah rupa anda pada LUARAN, baju apa yang anda pakai dan cara anda mengikat tudung. Walahu’alam

Ikhlas,
Muslimah yang Risau


From Wardina Safiyyah Official Page

Najwa,
                                                                                                                                                        

Sunday 11 March 2012

Perkara yang perlu dihindarkan.

Assalamualaikum,

Seseorang yang berusaha meningkatkan daya ingatan perlu meninggalkan makanan atau perkara-perkara yang menyebabkan lupa seperti :


  1. Makan atau memasukkan daun ketumbar ke dalam makanan.
  2. Makan keju.
  3. Berjalan di jalan-jalan yang terdapat ramai perempuan
  4. Berterusan memandang laut dan tempat-tempat runtuhan.
  5. Memandang air yang tidak megalir dan membuang air kecil di dalamnya.
  6. Menghidu bau-bau busuk dan memakan makanan yang berbau busuk.
  7. Berbekam di tengkuk.
  8. Sering membaca tulisan pada nisan kubur.
  9. Minum teh merah akan mewarisi kebodohan.
  10. Terlalu banyak makan bawang merah.
  11. Makan roti basah.
  12. Makan epal hijau atau segala makanan yang masam seperti yang disebut oleh Ibnu Syihab.
  13. Banyak murung dan sedih.
  14. Memandang sesuatu yang disalib.
  15. Makan makanan yang telah dimakan oleh tikus.
  16. Yang paling penting ialah jangan makan makanan yang syubahat dan haram.

wallahualam bissawab

Najwa,

Friday 9 December 2011

Fakta tentang lelaki.

Hanya beberapa yang pernah menjadi pengalaman aku je :)

  1. Seorang lelaki boleh suka anda untuk seminit, dan kemudian melupakan anda.
  2. "Awak buat apa tu? " atau " Awak dah makan? "adalah soalan biasa pertama seorang lelaki bertanya di telefon hanya untuk mengelakkan gagap.
  3. Ketika seorang lelaki benar-benar menyukai anda, dia akan mengabaikan semua perangai buruk anda.
  4. Lelaki akan melakukan apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis itu.
  5. Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah meninggalkan mereka, dan ini membuat lebih sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.
  6. Seorang lelaki mampu mengurat dengan beribu cara tetapi mereka biasanya gagap ketika mereka bercakap dengan seorang gadis mereka benar-benar cinta.
  7. Ketika suatu masalah mula timbul, seorang lelaki biasanya membuat dirinya nampak cool tapi masih memikirkan cara mengatasinya.
  8. Ketika seorang lelaki memandangmu, dalam kepala dia hanya ada 2 perkara. Mengutuk atau syokkan kamu.
  9. Jika seorang lelaki membenarkan anda memutuskan perhubungan, ini bermakna dia benar-benar mencintai anda.
  10. Jika anda mempunyai teman lelaki, dan kawan teman lelaki anda selalu menjeling anda, itu jelas menunjukkan bahawa dia cemburu setiap kali anda dengan kekasih anda, dan dia lebih cintakan anda lebih daripada teman lelaki anda.
  11. Anda benar-benar boleh mengatakan bahawa seorang lelaki memiliki niat yang baik jika anda melihat dia bersembahyang ketika keluar dating.
  12. Lelaki tidak akan mencari nasihat dari seorang lelaki melainkan dari seorang gadis.
Najwa,

From you.

Thank You

I really want to say
Thank You but words are not enough.
And its not for now or only once,
I've needed someone like you.
But for all the times and reasons that your kindness has shown through.
I hope this little gift of love will mean a lot to you,
Its a little thing to do,
but it's sentiments sincere,
I Thank you, and I am so glad that you were able to be here.

Thanks for that :)

Najwa,

Tuesday 6 December 2011

Kenapa wanita sering menangis?

Ya Allah , mengapa wanita sering menangis?

Jawabnya:

Kerana wanita itu unik .
aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa ,
aku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya ,
aku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman ,
aku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia ,
aku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah ,
aku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
aku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman ,
walau disakiti oleh orang yang dia sayangi..
wanita makhluk kuat ,
tetapi jika satu saat dia menangis , aku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru .

WANITA ITU ISIMEWA :) ♥



Najwa,